Thursday, May 26, 2011

Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3
Drama Bersiri,Sinopsis,TV3





Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…





Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.




Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?




Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

Link: OST Nora Elena – Berubah (Erry Putra Feat Reen Hashim)



Barisan Pelakon

Aaron Aziz sebagai Mohd Seth Tan,
Miera Liyana sebagai Maria Tan,
Siti Saleha sebagai Nora Elena,
Ery Putra sebagai Amir,
Zul Ariffin sebagai Eid,
Fateen sebagai Adila,
Ana Dahlia sebagai Azira,
Shah Iskandar sebagai Malik,
Wan Sharmila sebagai Yvonne .

Sebuah siri baru yang adaptasi daripada novel Kasih Yang Suci karya Maen Zulaekha di slot Akasia TV3, “NORA ELENA” mulai 10 Mei setiap Isnin-Khamis, 7 ptg.

Wednesday, May 25, 2011

Kad nikah pintar diproses segera





Pasangan suami isteri yang belum mempunyai kad nikah pintar boleh memohon untuk mendapatkannya di ruang pameran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) sempena Karnival Halal Kelantan 2011 yang akan bermula Sabtu ini.

Ketua Penolong Pengarah Pendaftaran Undang-Undang Keluarga JHEAIK, Hasnan Ramli berkata, sesiapa yang memohon kad tersebut pada hari karnival di ruang pameran e-Nikah, proses akan dibuat serta-merta.

“Biasanya kad nikah pintar perlukan tempoh 30 hari untuk diproses sebaik permohonan diterima tetapi pada karnival ini, kita menyediakan perkhidmatan yang istimewa di mana ia akan diproses segera.

“Kita juga menyediakan perkhidmatan mengambil gambar bagi pasangan yang membuat permohonan dan dalam tempoh beberapa jam, kad mereka akan disiapkan. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50,” ujarnya.
Nur Kasih The Movie : Sinopsis & Behind The Scene. Filem Wajib Tonton!





Penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.






Sekaligus bertindak sebagai penamat cerita, filem Nurkasih terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd, dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan tiga teraju utama untuk 3 watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton siri Nur Kasih. Penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak sehingga tercetusnya fenomena Nur Kasih di kalangan peminat siri drama di Malaysia. Pada mereka, kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan.





Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.





Filem yang juga membawakan tema cinta sejati ini bakal ditayangkan untuk tontonan umum bermula 19 Mei 2011. Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.

Thursday, May 19, 2011

Thursday, February 03, 2011 mypublictransport RapidKL Bus T304 services between Wangsa Maju LRT Station and Taman Melawati. RapidKL Buses U20, U24, T301, T302, T305 ,T312 and U34 also available at Wangsa Maju LRT Station. RapidKL Buses U20 and U23 also pass by Taman Melawati.


Route:




T304 WANGSA MAJU LRT STATION⇔ TAMAN MELAWATI



Didakwa jual kopi ada DNA babi


KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.